NASIONAL

Sistem tender terbuka untuk projek kerajaan

7 Jul 2018, 6:26 AM
Sistem tender terbuka untuk projek kerajaan

ALOR SETAR, 7 JUL: Kerajaan akan menggunakan sistem tender terbuka dengan meluas dan telus bagi projek kerajaan terutama yang berskala besar agar setiap sen wang rakyat dapat dibelanja dengan baik, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Ini kerana kerajaan membelanjakan lebih RM100 bilion setahun untuk perolehan melalui pelbagai projek dan kontrak dan ia adalah satu jumlah yang agak besar.

"Dengan jumlah yang begitu besar amat penting supaya tidak berlaku pembaziran dan menjadi kewajiban kerajaan untuk sentiasa memastikan wang ini dibelanjakan secara berhemah."

"Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah baik sistem perolehan dan pemberian kontrak kerajaan demi memastikan ia lebih berdaya saing dan seterusnya menjana nilai yang terbaik untuk wang rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata kementerian menyasarkan penggunaan sekurang-kurangnya Tahap 2 Building Material Information (BIM) pada tahun hadapan bagi projek kerajaan bernilai lebih RM100 juta sejajar dengan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP).

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619