NASIONAL

Jangan makan sirip ikan yu! - WWF Malaysia

3 Jul 2018, 2:35 AM
Jangan makan sirip ikan yu! - WWF Malaysia
Jangan makan sirip ikan yu! - WWF Malaysia

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 JUL: WWF Malaysia menggesa pemilik restoran, peruncit dan hotel untuk mengamalkan dasar 'mengharamkan' sirip ikan yu daripada senarai menu makanan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Dionysius S.K.Sharma berkata, sehingga kini permintaan terhadap ikan yu sangat tinggi sehingga menyebabkan populasinya semakin merosot.

"Menurut kajian, 85 peratus hidangan sup sirip ikan yu adalah berkaitan dengan perayaan seperti majlis perkahwinan di restoran atau hotel.

"Apabila premis sebegini menghentikan pembelian sirip ikan yu, kami yakin permintaan berkurangan, dan pembunuhan ikan yu juga tidak berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran 'Projek Perkahwinan Tanpa Sirip Ikan Yu' di Hotel New World Petaling Jaya.

Hadir sama Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming.

Bagi menangani masalah tersebut, WWF Malaysia turut bekerjasama dengan Persatuan Perkahwinan Profesional Malaysia (AWP) dan Penyelamat Ikan Yu Malaysia (SSMY).

Matlamat utama projek tersebut ialah mahu menggalakkan pengantin baru tidak memasukkan menu berasaskan sirip ikan yu ketika majlis perkahwinan masing-masing.

Kian Ming berkata, beliau turut berjanji untuk tidak meminta menu sup sirip ikan yu dalam mana-mana acara dianjurkan pihaknya.

"Saya juga akan cuba menasihatkan rakan-rakan yang akan berkahwin supaya tidak menyediakan sup berkenaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619