SELANGOR

Rumah terbuka PDT Sepang meriah, erat hubungan kekeluargaan

30 Jun 2018, 12:14 AM
Rumah terbuka PDT Sepang meriah, erat hubungan kekeluargaan

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANG, 30 JUN: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Sepang berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 160 kakitangan bersama keluarga bertempat di Kompleks Kerajaan Kerajaan Daerah Sepang.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari turut meluangkan masa lebih setengah jam bagi bersama-sama memeriahkan majlis dengan ketibaannya yang disambut Pegawai Daerah Sepang, Mohd Yazid Sairi.

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri kali ini dianjurkan pada sebelah malam bagi memberi peluang kepada kakitangan untuk hadir bersama keluarga.

Mengangkat tema ‘Island of Flowers dan hisan lampu-lampu gerak’, majlis menyajikan pelbagai jenis juadah daripada pelbagai gerai yang diuruskan sendiri kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Sepang.

Mohd Yazid berkata, sambutan kali ini dianjurkan sebagai sebuah keluarga bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kakitangan.

“Kita rasakan walaupun tanggungjawab itu terletak di tangan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Sepang mereka juga disokong oleh ahli keluarga. Jadi kita jemput sekali mereka hadir.

“Tidak ketinggalan agensi kerajaan dan swasta sekitar yang turut menyumbang ke arah kemajuan Daerah Sepang. Tidak dilupakan pemimpin-pemimpin masyarakat,” katanya.

=EZY=

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619