SELANGOR

Korek pasir tidak jejas habitat kelip-kelip

28 Jun 2018, 9:18 AM
Korek pasir tidak jejas habitat kelip-kelip

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 28 JUN: Kerja pengorekan pasir dijalankan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) tidak menjejaskan kepupusan habitat kelip-kelip ,di kawasan Kampung Asahan, yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamed Fariz Ghazali berkata, KSSB juga sentiasa menambah baik perkhidmatannya dari masa ke masa.

"Sebenarnya isu pasir ini tidak menggangu habitat kelip-kelip di sini, ada pihak yang sengaja memperbesarkannya.

"Jika terdapat perkara membabitkan KSSB, kami akan menyelesaikan segera seperti isu pencemaran di tapak pengorekan pasir yang dapat selesaikan dalam masa sehari sahaja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KSSB, di Bangunan Darul Ehsan, hari ini.

Katanya, majlis rumah terbuka itu antara acara wajib dilakukan menjelang Aidilfitri untuk menghargai jasa kakitangan di syarikat berkenaan.

"Walaupun kami buat di dalam pejabat sahaja dengan tempat terhad tetapi kehadiran dari semua yang dijemput sangat ramai dan meriah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619