EKONOMI

Selangor ungguli sektor perkilangan suku pertama 2018

28 Jun 2018, 8:37 AM
Selangor ungguli sektor perkilangan suku pertama 2018
Selangor ungguli sektor perkilangan suku pertama 2018

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 JUN: Selangor menduduki tempat pertama dalam sektor perkilangan dengan 35 projek diluluskan bernilai RM813 juta, pada suku pertama 2018.

Exco Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan, Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), Dato' Teng Chang Khim berkata, ia terdiri daripada pelaburan langsung domestik (DDI) bernilai RM427 juta, manakala RM386 juta daripada pelaburan langsung asing (FDI).

"Selangor berjaya menarik 202 projek perkilangan, pada 2017 dan menterjemahkan jumlah pelaburan langsung bernilai RM5.59 bilion merangkumi RM3.43 bilion DDI dan RM 2.16 bilion FDI.

"Selangor juga kekal menjadi destinasi paling popular bagi pelabur dengan 202 projek diluluskan walaupun daripada segi kedudukan kita berada di tempat keempat," katanya merujuk kepada angka dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam anjuran Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), di Pusat Konvensyen Setia Alam, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, sumbangan Selangor kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat dari 22.7 peratus, pada 2016 kepada 23 peratus, pada 2017.

Chang Khim berkata, hanya Selangor menyumbangkan lebih 20 peratus daripada KDNK negara, manakala Kuala Lumpur (15.6%), Sarawak (9.7%), Johor (9.5%), Sabah (6.8%) dan Pulau Pinang (6.6%).

"Dari segi pertumbuhan ekonomi, Malaysia mencatat peningkatan dari 4.2 peratus, pada 2016 kepada 5.9 peratus pada 2017, manakala Selangor seperti biasa mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi, iaitu 7.1 peratus berbanding 4.8 peratus, pada 2016.

"Tahniah dan terima kasih kepada anda semua dalam sektor perkilangan yang menyumbangkan kira-kira 30 peratus daripada KDNK Selangor.

"Selain itu, sektor perkilangan di Selangor juga mencatatkan pertumbuhan 7.9 peratus, pada 2017. Ini pencapaian yang sangat baik," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619