NASIONAL

Terbabas sendiri punca utama kemalangan maut - Ketua Polis

28 Jun 2018, 6:55 AM
Terbabas sendiri punca utama kemalangan maut - Ketua Polis

OLEH NADIAH ZAMLUSS

SHAH ALAM, 28 JUN : Analisis Op Selamat menunjukkan bahawa faktor terbabas sendiri adalah punca utama kemalangan maut dalam kalangan pengguna jalan raya di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, antara faktor lain penyumbang utama kes kemalangan maut adalah memasuki laluan bertentangan, tidak sedar kenderaan lain keluar dan masuk simpang jalan, mengekori kenderaan hadapan terlalu rapat, membuat pusingan "U" dan melawan aliran trafik.

"Analisis menunjukkan bahawa, faktor terbabas sendiri punca utama kemalangan maut dengan catatan 142 kes, " katanya dipetik Bernama sempena majlis penganugerahan kontinjen dan daerah terbaik Op Selamat di Bukit Aman di sini, hari ini.

Sepanjang Op Selamat bermula 8 hingga 22 Jun, lebih 22,000 kes kemalangan direkodkan dengan 248 kematian.

Beliau berkata, pertambahan jumlah kenderaan yang tidak sejajar dengan perluasan jaringan jalan raya di sepanjang 252,988.84 kilometer di seluruh negara turut menyumbang kepada musibah di jalan raya.

"Jumlah aliran kenderaan secara mendadak pada musim perayaan meningkatkan lagi risiko kemalangan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619