NASIONAL

Tempoh serah penyata belanja PRU14 berakhir 28 Jun

27 Jun 2018, 2:13 AM
Tempoh serah penyata belanja PRU14 berakhir 28 Jun

NASIONAL 27 JUN: Tempoh penyerahan penyata belanja Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berakhir pada Khamis ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR dalam kenyataan mengingatkan semua calon bertanding pada PRU14 atau ejen pilihan rayanya agar menyerahkan penyata belanja pilihan raya kepada pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan PRU14 diwartakan.

Selaras dengan Seksyen 23, Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954, suruhanjaya itu berkata tempoh penyerahan tersebut akan berakhir pada 28 Jun ini (Khamis).

“Calon-calon yang gagal untuk menyerahkan penyata berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan perlu membuat permohonan maaf kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan tempoh lanjutan masa sepertimana dinyatakan dalam Seksyen 30 AKPR 1954," katanya.

Selaras dengan Seksyen 23, AKPR 1954, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan calon tidak boleh menghadiri sidang atau mengundi dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, tidak boleh menyertai mana-mana pilihan raya selama tempoh lima tahun dan boleh didakwa dan diambil tindakan atas perbuatan yang menyalahi undang-undang.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619