SELANGOR

Siasat segera kematian pemandu Grab

25 Jun 2018, 2:21 AM
Siasat segera kematian pemandu Grab
Siasat segera kematian pemandu Grab

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 25 JUN: Pihak berkuasa digesa menjalankan siasatan segera susulan penemuan mayat pemandu Grab yang dipercayai mati dibunuh, semalam.

Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, pihak bertanggungjawab perlu dikenakan hukuman setimpal kerana setiap nyawa amat berharga.

"Pihak berkuasa dan yang berkaitan juga perlu meningkatkan keselamatan orang awam bagi membolehkan masyarakat hidup dalam keadaan selesa tanpa berasa khuatir akan keselamatan diri,” katanya dalam kenyataan.

Haniza turut mengucapkan takziah kepada keluarga pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, yang ditemui mati selepas tidak pulang ke rumah selama dua hari.

Mangsa ditemui tertiarap dengan kesan melecet di leher di tempat duduk belakang Perodua Myvi miliknya.

Sementara itu, Grab Malaysia hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata, mangsa seorang pemandu terbaik dan berdedikasi berdasarkan maklum balas penumpang.

“Beliau adalah pemandu yang berdedikasi dan terbaik berdasarkan maklum balas penumpang dan sangat dihargai pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Grab turut meminta jasa baik semua pihak supaya tidak berkongsi maklumat peribadi mangsa dalam media sosial atau membuat spekulasi berkenaan kejadian yang berlaku.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619