BERITA UTAMA

Recep Tayyip Erdogan sah menang Pilihan Raya Presiden Turki

24 Jun 2018, 11:35 PM
Recep Tayyip Erdogan sah menang Pilihan Raya Presiden Turki
Recep Tayyip Erdogan sah menang Pilihan Raya Presiden Turki
Recep Tayyip Erdogan sah menang Pilihan Raya Presiden Turki
Recep Tayyip Erdogan sah menang Pilihan Raya Presiden Turki

ISTANBUL 25 JUN: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden, yang berlangsung semalam, menewaskan pencabarnya apabila berjaya meraih 52.5 peratus daripada 99 peratus jumlah undi yang dikira.

"Keputusan tidak rasmi pilihan raya ini dengan jelas membuktikan bahawa saya, sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat negara ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden.

"Turki sudah memberi pengajaran kepada seluruh dunia mengenai amalan demokrasi," katanya ketika berucap sempena kemenangannya di kediamannya di sini, sambil mengumumkan jumlah peratusan mengundi sebanyak 88 peratus.

Menurut agensi berita Anadolu, Erdogan, 64, calon Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) berjaya memperoleh 52.5 peratus undi, manakala Muharrem Ince, 54, dari Parti Rakyat Republikan (CHP) mendapat 31 peratus undi.

Berita kemenangan itu turut diumumkan jurucakap Kerajaan Turki, Bekir Bozdag, yang dilaporkan berkata, keputusan tidak rasmi selepas 95 peratus undian dikira, menunjukkan Erdogan sedang mendahului berbanding calon yang lain.

"Rakyat Turki sudah memilih Erdogan sebagai presiden/presiden eksekutif pertama Turki di bawah sistem yang baharu.

"Mereka (rakyat Turki) berkata 'teruskan' kepada Presiden Erdogan," kata Bozdag di Twitter.

Sementara itu, pemimpin dunia mengucapkan tahniah di atas kemenangan Erdogan dalam pilihan raya itu.

 

SUMBER: REUTERS/ AFP

GRAFIK SUMBER: ANADOLU AGENCY

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619