SELANGOR

MB rai kemeriahan 'jingga' Aidilfitri

24 Jun 2018, 8:48 AM
MB rai kemeriahan 'jingga' Aidilfitri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 24 JUN: Sekitar 20,000 masyarakat Selangor hadir ke Rumah Terbuka Parti Amanah Negara peringkat Selangor, di Stadium Shah Alam, petang ini.

Lebih istimewa, sambutan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari yang hadir menyantuni pengunjung yang hadir ke rumah terbuka itu, sejak awal pagi ini.

Ketibaan Dato' Menteri Besar itu disambut pimpinan tertinggi Exco Kerajaan Negeri; Ir Izham Hashim, Dr Siti Mariah Mahmud, Haniza Talha dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan Malaysia.

Selain pelbagai hidangan tradisi dan juadah raya disediakan, Majlis Rumah Terbuka itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi tempatan, Yasin Sulaiman.

Tinjauan SelangorKini mendapati, kemeriahan Rumah Terbuka itu turut dihadiri lapisan masyarakat daripada pelbagai bangsa dan agama.

Sementara itu, Ir Izham Hashim selaku Pengerusi Amanah Selangor berkata, sambutan menggalakan masyarakat itu membuktikan sokongan berterusan rakyat terhadap kepimpinan parti itu.

"Kita jangkakan 20,000 akan hadir, tetapi dengan mengambilkira faktor kunjungan orang awam yang tidak henti-henti sejak dari pagi lagi, mungkin sasaran ini lebih tinggi.

"Ini membuktikan rakyat Selangor menerima baik pentadbiran Malaysia Baru sekarang," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619