SELANGOR

Pelantikan Speaker, portfolio Rodziah akan diumumkan tak lama lagi

24 Jun 2018, 6:47 AM
Pelantikan Speaker, portfolio Rodziah akan diumumkan tak lama lagi
Pelantikan Speaker, portfolio Rodziah akan diumumkan tak lama lagi

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 JUN: Pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) akan dibuat sebaik perbincangan antara parti Pakatan Harapan (PAKATAN) bagi mencapai persetujuan bersama.

Dato' Menteri Besar Selangor berkata, beliau yakin perbincangan pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker dapat diselesaikan dengan baik.

"Perbincangan masih lagi berjalan dan Insha Allah saya percaya ianya boleh diselesaikan," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Eidul Fitr Peringkat Negeri di Dataran Kemerdekaan di sini, hari ini.

Amirudin berkata, PAKATAN mengambil kira pelbagai aspek bagi memastikan pemilihan speaker mengikut kriteria ditetapkan.

Ketika menjawab soalan berkenaan portfolio Rodziah Ismail sebagai Exco yang baru dilantik, Amirudin memberitahu portfolio Rodziah akan diumumkan selepas mesyuarat Exco dijalankan dalam masa terdekat.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619