SUKANKINI

WC2018: Jaringan Coutinho, Neymar hidup peluang Brazil

23 Jun 2018, 1:14 AM
WC2018: Jaringan Coutinho, Neymar hidup peluang Brazil

OLEH HAFIZAN TAIB

SAINT PETERSBURG, 23 JUN: Brazil memerlukan masa tambahan dengan jaringan Philippe Coutinho dan Neymar bagi mengatasi Costa Rica 2 - 0.

Kemenangan pertama dari dua perlawanan itu memberi kelebihan kepada juara lima kali Piala Dunia itu manakala cabaran Costa Rica pada kejohanan itu telah berakhir.

Ketika perlawanan kelihatan akan berakhir dengan seri, pemain Barcelona, Coutinho mengubahnya dengan tandukan tepat menerjah jaring pada minit pertama masa kecederaan menewaskan penjaga gol, Keyco Navas.

Neymar selepas itu memastikan Brazil selesa dengan gol kedua enam minit kemudian bagi menafikan Costa Rica yang cuba bangkit dari ketinggalan.

Kemenangan membolehkan Brazil mengumpul empat mata dari dua perlawanan Kumpulan E selepas seri 1 - 1 bertemu Switzerland dalam aksi perbukaan dan akan berdepan Serbia untuk penentuan selepas ini.

Costa Rica pula yang tewas kepada Serbia dalam aksi pertama, akan menentang Switzerland.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619