SELANGOR

MB: Sederhana anjur rumah terbuka, elak pembaziran

22 Jun 2018, 12:35 PM
MB: Sederhana anjur rumah terbuka, elak pembaziran
MB: Sederhana anjur rumah terbuka, elak pembaziran
MB: Sederhana anjur rumah terbuka, elak pembaziran
MB: Sederhana anjur rumah terbuka, elak pembaziran

OLEH NADIAH ZAMLUS

PETALING JAYA, 22 JUN: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menasihatkan penganjur rumah terbuka supaya tidak membazir ketika menganjurkan acara berkenaan pada musim perayaan kali ini.

Katanya, ia bagi mengelakkan pembaziran berlaku sekali gus menyebabkan kos perbelanjaan yang tinggi.

"Biarlah majlis jamuan terbuka itu diadakan secara sederhana tanpa bermewah-mewah," katanya ketika ditemui SelangorKini di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di ibu pejabatnya di sini, petang tadi.

Amirudin berkata, ia adalah kali pertama beliau menghadiri rumah terbuka anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor setelah bergelar Dato' Menteri Besar.

"Pada saya ini adalah aktiviti yang cukup bagus kerana MBPJ sebagai agensi yang mengutip cukai daripada penduduk dapat mendekatkan hubungan mereka melalui majlis sebegini.

"Difahamkan program ini juga menjadi acara tahunan MBPJ dan pada saya ia patut diteruskan kerana mendapat sambutan amat baik," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619