NASIONAL

Nurul Izzah komited martabat TVET

22 Jun 2018, 7:03 AM
Nurul Izzah komited martabat TVET
Nurul Izzah komited martabat TVET

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 JUN: Pengerusi baharu Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Malaysia (TVET), Nurul Izzah Anwar menekankan antara sasarannya adalah mengangkat martabat TVET dan sijil berkaitnya.

Nurul Izzah berkata, langkah awal mengambil kira maklum balas semua pihak berkepentingan termasuk pelajar, tenaga pengajar, pekerja dan ketua pengarah.

"Kita tahu lebih setengah juta anak-anak Malaysia berada diluar lingkungan pendidikan formal. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengangkat TVET supaya lebih ramai lagi menyertai.

"Menjadi hasrat saya perbaiki segala kemungkinan kelompongan yang ada supaya akhirnya pemegang sijil TVET berbangga dan dipandang tinggi setaraf mereka yang mempunyai ijazah," katanya kepada pemberita selepas sidang media Kementerian Pendidikan, semalam.

Tambahnya lagi, TVET mempunyai banyak potensi sehingga mampu mencapai tahap yang tinggi seperti di negara seperti Jerman dan Australia.

"Jangan kita ingat TVET hanyalah keupayaan kelas kedua kerana menjadi tanggungjawab bersama untuk menaik taraf kelayakannya sehingga mampu di angkat ke kelas pertama.

"Pada masa sama hal ini mampu mengharumkan nama Malaysia selari dengan persiapan kita ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0)," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619