NASIONAL

Maszlee pilih Izzah perkasa TVET

21 Jun 2018, 9:40 AM
Maszlee pilih Izzah perkasa TVET
Maszlee pilih Izzah perkasa TVET

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 21 JUN: Kementerian Pendidikan akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Malaysia (TVET) yang akan dipengerusikan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, jawatankuasa itu berperanan bagi menyediakan sebuah laporan untuk memperkasakan dan menaik taraf TVET.

"Saya amat berbesar hati menghalu-alukan Nurul Izzah sebagai pengerusi jawatankuasa pemerkasaan TVET ini.

"Kerana beliau merupakan salah seorang yang sangat mengambil berat tentang pendidikan TVET dan beliau telah berbincang dengan saya bagaimana TVET mampu membantu golongan muda merebut peluang pekerjaan juga keusahawanan," katanya dalam sidang media, hari ini.

Maszlee berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) sedar pentingnya aliran teknikal dan vokasional.

Selaras dengan manifesto, Maszlee berkata, pihaknya komited membangunkan aliran TVET setaraf dengan aliran lain dan bukan lagi sebagai pilihan kedua.

"Di peringkat kementerian juga kita mensasarkan satu hari nanti bidang TVET ini mampu diangkat setaraf dengan pendidikan TVET di Austraila dan Jerman yang terkenal dipersada dunia," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619