NASIONAL

Putrajaya tambah RM2.8 bilion teruskan projek TRX

21 Jun 2018, 8:17 AM
Putrajaya tambah RM2.8 bilion teruskan projek TRX

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PUTRAJAYA, 21 JUN : Projek TRX yang dibangunkan ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tetap diteruskan dengan penambahan dana tidak melebihi RM2.8 bilion oleh Kerajaan Malaysia.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia diteruskan walaupun lebih RM3 bilion dana Kerajaan Persekutuan untuk TRX City Sdn Bhd (TRXC) diseleweng 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, keputusan itu akan menangani kebimbangan pelabur tempatan dan antarabangsa sedia ada, di TRX yang sudah melabur berbilion ringgit.

"Dengan mengambil kita semua faktor ini, kabinet bersetuju menyiapkan projek TRX dengan memperuntukan dana tidak melebihi RM2.8 bilion kepada syarikat itu.

"Suntikan tambahan ini akan meningkatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada TRXC ke RM6.5 bilion, namun penyiapan projek ini membolehkan ia mencapai nilai sepenuhnya sekurang-kurangnya RM7.6 bilion," katanya pada sidang media, petang ini.

TRXC adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib, di bawah kawalan 1MDB.

Namun Guan Eng berkata, atas nasihat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, projek itu dipindah milik kepada Kemterian Kewangan, pada 31 Mac 2017.

"Pemindahan itu dibuat kerana TRXC menghadapi masalah menjalankan urus niaga hartanah dan mengalami kesukaran mendapatkan pembiayaan bank ekoran hubung kait dengan 1MDB," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619