SELANGOR

Rekod cemerlang Azmin, jadi rujukan Amirudin

20 Jun 2018, 7:16 AM
Rekod cemerlang Azmin, jadi rujukan Amirudin
Rekod cemerlang Azmin, jadi rujukan Amirudin
Rekod cemerlang Azmin, jadi rujukan Amirudin

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 JUN: Prestasi cemerlang pentadbiran Dato' Seri Mohamed Azmin Ali menjadi rujukan terbaik kepada Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari meneruskan rekod kegemilangan itu.

Beliau berkata, kejayaan itu menjadi asas terpenting baginya untuk kekal meletakkan Selangor sebagai negeri terbaik di Malaysia.

"Dato' Seri Mohamed Azmin Ali merupakan seorang Dato' Menteri Besar yang cemerlang, berwawasan dan berintergriti malah dikasihi Tuanku Sultan serta disanjung rakyat Selangor.

"Saya tidak melihat hakikat ini sebagai halangan terhadap misi saya dalam menerajui pentadbiran negeri.

"Saya merasa amat bertuah kerana dengan 'track record' beliau yang begitu 'outstanding' itu mendorong saya melaksanakan yang terbaik dengan menggunakan kejayaan beliau sebagai penanda aras.

"Saya berikrar memastikan kesinambungan pentadbiran cemerlang dan melonjakkan Selangor ke tahap seterusnya demi membangun bangsa memakmur negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penerimaan tugas Dato' Menteri Besar Selangor yang disiarkan secara langsung di media rasmi milik Kerajaan Negeri, TV Selangor, pagi ini.

Semalam, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan ikrar Aku Janji itu diadakan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilihan Amirudin dibuat selepas Mohamed Azmin melepaskan jawatan itu berikutan pelantikan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619