SELANGOR

Amirudin sedia 'ubah', Reformasi baru FAS

20 Jun 2018, 7:05 AM
Amirudin sedia 'ubah', Reformasi baru FAS
Amirudin sedia 'ubah', Reformasi baru FAS

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 JUN: Pembaharuan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan dilakukan bagi mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak negeri, kata Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, tindakan menyeluruh bakal dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat itu.

"Perkembangan FAS itu kita tunggu sehingga Julai ini. Selepas selesai proses perubahan, kita akan ambil tindakan (pembaharuan) menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Dato' Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi ini.

Pergolakan antara pengurusan tertinggi FAS dan Kerajaan Negeri dilaporkan berlaku susulan wujudnya pertikaian sentimen politik dalaman pengurusan FAS.

Amirudin sebelum ini menegaskan pentadbiran negeri kekal menjaga kepentingan sukan bola sepak dan menolak sebarang dakwaan cuba memanipulasikan isu berkenaan.

Beliau turut mendedahkan, kemelut dalaman FAS bermula apabila segelintir daripada kepimpinan di dalam FAS menentang perubahan yang cuba dibawa oleh Presiden FAS ketika itu, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, FAS kini mula melalui fasa penjenamaan baru selepas Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menerajui kepimpinan tertinggi FAS sebagai Presiden baru FAS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619