KENYATAAN MEDIA

PEPIAS ucap tahniah Amirudin dilantik Dato' Menteri Besar baharu

19 Jun 2018, 8:09 AM
PEPIAS ucap tahniah Amirudin dilantik Dato' Menteri Besar baharu
PEPIAS ucap tahniah Amirudin dilantik Dato' Menteri Besar baharu

Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) merakamkan ucapan tahniah kepada Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Hj Amirudin Bin Shari atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang Baharu.

PEPIAS begitu berbangga dengan pencapaian dan sumbangan beliau di Negeri Selangor Darul Ehsan. Semoga agenda Smart State terus dipacu dibawah tampuk kepimpinan beliau.

YAB Tuan Amirudin pernah bersama-sama PEPIAS kehadapan dalam membincangkan topik pembangunan belia di negeri Selangor dalam Kongres Mahasiswa Selangor (KGMS) 2017 anjuran PEPIAS pada tahun 2017 ketika beliau menjawat portfolio sebagai Exco Pemberdayaan Generasi Muda dan Sukan & Pembangunan Usahawan.

Pelbagai inisiatif telah dibentangkan kepada Pihak PEPIAS ketika Sesi Townhall tersebut dan kita bersedia untuk berganding bahu mengembleng usaha membina belia negeri Selangor untuk terus terampil menerajui zaman.

Tahniah kami ucapkan dan selamat berkhidmat!

Tidak dilupakan, tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada YB Dato Seri Azmin bin Ali, diatas perkhidmatan yang amat cemerlang sepanjang menerajui Negeri Darul Ehsan. Semoga kecemerlangan pentadbiran Negeri Selangor dapat diteruskan dan ditingkatkan dimasa akan datang.

"Generasi Penerus Harapan Ummah"

OLEH: Abdullah Izzuddin Bin Abdul Hamid, Presiden Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) Sesi 2017/2018

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619