SELANGOR

Usia muda bukan penghalang pimpin negeri emas

19 Jun 2018, 7:04 AM
Usia muda bukan penghalang pimpin negeri emas

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 JUN: Dato' Menteri Besar yang baharu, Amirudin Shari perlu membuktikan faktor usia bukan penghalang untuk memimpin Selangor terus menjadi negeri termaju di Malaysia.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, pelantikan Amirudin merupakan petanda positif dan boleh mengubah presepsi serta memberi manfaat kepada anak muda, pendidikan dan wanita.

"Beliau mempunyai jiwa anak muda, ini memberi kelebihan. Selangor merupakan negeri tumpuan, jadi pelantikan ini merupakan petanda positif.

"Beliau boleh membuktikan faktor umur bukan penghalang atau permasalahan tetapi pembangunan holistik demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Pada masa sama, Juwairiya berharap Amirudin dapat memberi perhatian dan meneroka pembangunan baru khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua, Amirudin Shari, 38, dipilih dan mengangkat sumpah bagi memegang jawatan Dato’ Menteri Besar Selangor ke- 16.di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu dilakukan di hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bermula jam 10.15 pagi.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619