NASIONAL

Siti Nurhaliza beraya kunjungi Mohamed Azmin

18 Jun 2018, 8:08 AM
Siti Nurhaliza beraya kunjungi Mohamed Azmin
Siti Nurhaliza beraya kunjungi Mohamed Azmin

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 18 JUN: Selepas beraya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil kesempatan mengunjungi dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pula.

Dalam perkongsian terbaharu menerusi laman media sosial twitter dan facebook peribadi milik Mohamed Azmin, Siti bersama suami, Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa dan puteri sulung mereka, Siti Aafiyah hadir melawatnya dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Siti pula memuat naik foto bersama Dato' Menteri Besar Selangor itu menerusi instagram peribadinya semalam.

"Alhamdulillah, terima kasih datuk seri dan datin seri menerima kunjungan kami serta layanan mesra," tulis Siti Nurhaliza di akaun instagramnya.

Beliau diantara salah seorang selebriti yang dilihat menyokong kuat pemimpin Pakatan Harapan (PAKATAN) terutamanya Tun Mahathir.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619