PENDIDIKAN

INPENS tubuh pusat operasi alumni

17 Jun 2018, 2:48 AM
INPENS tubuh pusat operasi alumni
INPENS tubuh pusat operasi alumni

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 JUN: Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS) melancarkan bilik sekretariat alumni berfungsi sebagai pusat operasi Sekretariat Alumni INPENS International College (ALIIC), baru-baru ini.

Ketua Eksekutif INPENS, Ahmad Zabri Mohd Yaman berkata, bilik itu diwujudkan sebagai tanda penghargaan penyertaan bekas pelajar yang aktif dalam persatuan alumni.

Katanya, hal itu dilihat mampu meletakkan INPENS ke tahap lebih berprestij.

"Bilik sekretariat ini juga dilengkapi kemudahan komputer berinternet.

"Pada masa akan datang, kita akan menyediakan kemudahan lain seiring keperluan ALIIC yang semakin bertambah keahliannya saban tahun.

"Mereka perlu merasa bangga dengan sekolah dan tempat pengajian kerana di situlah bermulanya langkah kehidupan yang serba mencabar," katanya dalam kenyataan.

ALIIC mempunyai 1,889 ahli alumni berdaftar sejak ia mula bergerak aktif, pada 2014.

ALIIC bukan sahaja ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan sesama alumni tetapi medan penganjuran aktiviti alumni, peluang kerjaya, program ziarah dan keusahawanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619