NASIONAL

MET Malaysia nafi gegaran di Sri Aman akibat gempa bumi

16 Jun 2018, 4:52 PM
MET Malaysia nafi gegaran di Sri Aman akibat gempa bumi

KUCHING 17 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan gegaran yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Sri Aman kira-kira 200 kilometer dari sini petang semalam berpunca dari gempa bumi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, maklum balas itu diterima selepas pihaknya menghubungi Jabatan Meteorologi bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara tersebut.

"Jabatan Meteorologi memaklumkan setelah diteliti, gegaran yang dirasai adalah terlalu kecil dan bukan disebabkan oleh aktiviti gempa bumi.

Kemungkinan adalah disebabkan dari aktiviti perlombongan kuari, pembinaan dan sebagainya di kawasan berdekatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian antara 3.45 petang hingga 3.48 petang semalam (16 Jun), penduduk di sekitar Sri Aman mendakwa merasai gegaran yang berlaku sekitar empat hingga lima saat.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619