NASIONAL

Azmin bersama lebih 50,000 hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri PM

15 Jun 2018, 9:50 AM
Azmin bersama lebih 50,000 hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri PM
Azmin bersama lebih 50,000 hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri PM

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUTRAJAYA, 15 JUN: Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berlangsung meriah apabila diserbu lebih 50,000 pengunjung sejak jam 10.00 pagi tadi.

Lebih meriah lagi apabila majlis yang berlangsung di Kompleks Perdana itu turut disertai menteri-menteri kabinet.

Antara yang terawal tiba ke tapak majlis adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Dato' Menteri Besar Selangor itu hadir sebaik selesai mengiringi Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menunaikan solat sunat aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin awal pagi tadi.

Selain Mohamed Azmin, turut hadir Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sementara itu, orang ramai mula beratur panjang untuk bersalaman dengan Mahathir dan menteri kabinet sejak awal pagi.

Majlis yang bermula jam 10.00 pagi itu akan berakhir pada jam 4.30 petang.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619