GLOBAL

Jepun: Kehadiran tentera Amerika Syarikat penting untuk Asia Timur

13 Jun 2018, 2:49 AM
Jepun: Kehadiran tentera Amerika Syarikat penting untuk Asia Timur

TOKYO 13 JUN: Kementerian Pertahanan Jepun menganggap kehadiran tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan dan latihan ketenteraan bersama adalah penting bagi keselamatan di Asia Timur.

Ia susulan kenyataan mengejutkan oleh Presiden Donald Trump bahawa beliau akan menamatkan latihan perang dengan Korea Selatan, iaitu selepas menghadiri mesyuarat dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Singapura, semalam.

"Kami ingin memahami perkara ini dengan mengadakan perbincangan antara Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan," kata Menteri Pertahanan, Itsunori Onodera kepada wartawan.

Onodera berkata, Jepun akan terus mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan Amerika Syarikat, selain meneruskan rancangan untuk memperluaskan sistem pertahanannya, bagi menghadapi ancaman serangan peluru berpandu daripada Korea Utara.

SUMBER: REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619