SELANGOR

Worldwide Holdings serah zakat RM2.51 juta

11 Jun 2018, 2:25 AM
Worldwide Holdings serah zakat RM2.51 juta

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 11 JUN: Worldwide Holdings Berhad menyerahkan sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM2.51 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, pihaknya turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri RM100,000 kepada badan bukan kerajaan dan pertubuhan kebajikan.

Katanya, ia termasuk Islamic Relief Malaysia, Aman Palestin Berhad, Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Hidayah Centre Foundation, Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al- Ikhlas, Puchong dan Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang.

"Sebanyak RM127,000 turut diberi kepada asnaf di Sabak Bernam, Jeram, Kuala Selangor dan Kuala Langat sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang tahun khususnya, pada bulan Ramadan serta hari raya.

"Inisiatif ini diwujudkan sebagai tanda keprihatinan syarikat kami mensejahterakan komuniti melalui konsep 'giving back to community', kami tidak fokus kepada perniagaan semata-mata tetapi turut menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan komuniti yang memerlukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan yang turut dihadiri kira-kira 200 kakitangan Worldwide Holdings.

Pada majlis sama, Norazlina turut mengumumkan Worldwide Holdings akan memberi bantuan Aidilfitri kepada hampir 250 kakitangannya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619