SELANGOR

Nasib anak-anak Rohingya terbela

10 Jun 2018, 7:14 AM
Nasib anak-anak Rohingya terbela
Nasib anak-anak Rohingya terbela
Nasib anak-anak Rohingya terbela

OLEH SHEEDA FATHIL

SERDANG, 10 JUN : Nasib menimpa anak-anak pelarian Rohingya kini terbela apabila mereka bakal mendapat sekolah baharu dengan persekitaran lebih baik berbanding sebelum ini.

Atas keperluan itu, Pusat pengajian sedia ada, Knowledge Garden Learning Centre School (KGLCS) yang sudah 15 tahun beroperasi sejak 2003 perlu berpindah berikutan lokasi itu mahu dibangunkan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sudah tiba masanya anak-anak etnik Rohingya bersekolah di sini, beralih angin ke lokasi baru.

"Untuk sementara waktu, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menawarkan premis mereka untuk dijadikan sebagai gantian kepada sekolah KGLCS ini dan ia merupakan berita gembira buat etnik Rohingya kerana tempat baru itu lebih selesa dan besar.

"Saya berharap etnik Rohingya gembira dengan berita ini untuk berpindah ke tempat baharu itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Agihan Bakul Makanan yang diadakan di sini, hari ini.

Dr Siti Mariah berkata, MPSJ menawarkan premis berkenaan bagi mengelakkan bangunan itu terbiar tanpa diguna pakai.

Pada masa sama, beliau menyeru mana-mana individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghulurkan bantuan bagi membaik pulih premis itu supaya dapat dijadikan seperti pusat pembelajaran.

Mengulas mengenai tarikh pemindahan mereka ke sekolah baharu itu, Dr Siti Mariah berkata, ia akan berlaku secepat yang mungkin.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang itu juga berkata, beliau akan membawa perkara itu ke peringkat Kerajaan Persekutuan untuk dibincangkan dengan lebih lanjut bagi mengiktiraf kehadiran etnik Rohingya ini.

"Ia kerana terdapat segelintir daripada golongan ini tidak mempunyai kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) jadi sukar bagi mereka untuk diiktiraf sekali gus mudah dieksploitasi," katanya.

Terdahulu, KGLCS ditubuhkan pada tahun 2003 dan menempatkan pelajar daripada usia enam hingga 12 tahun. Namun, sehingga kini, jumlah pelajar sudah mencecah 100 orang.

Pelajar diberikan pendedahan pendidikan asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Mereka juga diajar Bahasa Arab dan Al-Quran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619