SELANGOR

SSDU kunjungi Baitul Barokah, hulur bantuan Aidilfitri

9 Jun 2018, 5:03 AM
SSDU kunjungi Baitul Barokah, hulur bantuan Aidilfitri
SSDU kunjungi Baitul Barokah, hulur bantuan Aidilfitri
SSDU kunjungi Baitul Barokah, hulur bantuan Aidilfitri

OLEH NORHAYATI UMOR

SEPANG, 9 JUN: Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) berkesempatan berkunjung ke Baitul Barokah Wal Mahabbah di Rumah Baitul Barokah bagi menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Urusan SSDU, Dr Fahmi Ngah berkata, kunjungan itu juga merupakan sebahagian inisiatif Activ8 Smart Selangor.

Katanya, ia bertujuan menjalinkan hubungan silaturrahim di antara SSDU dan rakyat Selangor terutamanya golongan kurang berkemampuan.

"Kami dapat bertemu penghuni Baitul Barokah Wal Mahabbah, termasuklah 122 anak yatim dan 45 kakitangan rumah itu.

"SSDU turut menyampaikan sumbangan baju raya pada setiap anak yatim, barangan dapur dan sedikit duit raya," katanya di majlis itu, semalam.

Dr Fahmi berkata, anak-anak yatim itu juga diberikan sedikit barangan sumbangan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor.

SSDU ditubuhkan pada April 2016, merupakan unit khas diberi mandat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk menggerakkan agenda Smart Selangor dengan lebih efektif.

Pada awal Disember 2016, Smart Selangor Blueprint 1.0 dilancarkan dengan menumpukan empat teras utama iaitu Inovasi, Perhubungan, Perpaduan Sosial dan Kehidupan Mampan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619