AGAMA

Singgah Sahur LZS santuni kakitangan bertugas malam

9 Jun 2018, 3:58 AM
Singgah Sahur LZS santuni kakitangan bertugas malam
Singgah Sahur LZS santuni kakitangan bertugas malam

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA SELANGOR, 9 JUN: Lebih 200 bungkus juadah bersahur berjaya diagihkan kepada agensi kerajaan yang bertugas malam, maahad tahfiz dan rumah anak yatim Tunas Harapan.

Menerusi laman Facebook, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan, program terbabit memberi tumpuan kepada petugas yang bekerja pada sebelah malam iaitu dalam kalangan penjawat awam dan agensi kerajaan yang menjaga keamanan serta keselamatan daerah itu.

“Program ini berkonsepkan singgah dan bermesra dengan mereka yang menjalankan tanggungjawab bekerja, pada sebelah malam.

"Pada masa sama, kita meraikan mereka dengan mengagihkan juadah bersahur.

"Selain itu, kakitangan LZS berpeluang mendekatkan diri dengan masyarakat setempat, sekali gus merapatkan hubungan silaturahim serta memupuk nilai murni," katanya.

LZS berkata, program itu bermula seawal jam 1.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pagi membabitkan lebih 20 peserta.

"Program ini adalah anjuran bersama antara Zakat Selangor dan Biro Agama, Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Daerah Kuala Selangor.

"Semoga dengan penganjuran program ini, ia dapat merapatkan ukhuwah dan kerjasama antara masyarakat serta agensi kerajaan dengan LZS," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619