SELANGOR

Naik taraf Klinik Desa Puncak Alam

9 Jun 2018, 3:11 AM
Naik taraf Klinik Desa Puncak Alam
Naik taraf Klinik Desa Puncak Alam

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 JUN: Klinik Desa Puncak Alam perlu dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan bagi memberi perkhidmatan rawatan kesihatan terbaik.

Ahli Dewan Negeri Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, hal itu kerana pihaknya sering mendengar rungutan penduduk setempat berhubung kemudahan, di klinik terbabit.

Katanya, kerja menaik taraf klinik perlu dilaksanakan selaras dengan perubahan semasa dan pembangunan negara.

"Kita akan pastikan ada Klinik Kesihatan yang besar dan selesa untuk penduduk Puncak Alam khususnya serta warga Jeram amnya.

"Ini janji saya untuk warga Puncak Alam," katanya yang membuat lawatan ke klinik itu, baru-baru ini.

Shaid berkata, klinik desa yang bertentangan dengan rumah itu didirikan di kawasan perumahan selain ruang yang sempit menyebabkan pesakit tidak mendapat tempat duduk.

"Ini juga menyukarkan pesakit mendapat kemudahan parkir yang baik dan hanya duduk, di atas lantai.

"Selepas melawat Klinik Desa Puncak Alam, saya terus hubungi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad yang juga Menteri Keihatan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619