SELANGOR

Menteri Pertahanan diterima mengadap Sultan Selangor

7 Jun 2018, 5:30 AM
Menteri Pertahanan diterima mengadap Sultan Selangor
Menteri Pertahanan diterima mengadap Sultan Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 JUN: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, pertemuan berlangsung hampir sejam itu membincangkan pelbagai isu khususnya membabitkan keselamatan perairan negara.

"TLDM perlu diperhebat dan diperkuatkan terutama jika dulu hasil negara di darat sahaja tetapi sekarang di darat juga laut seperti pelantar minyak kita, di Laut China Selatan. Sebahagian Laut China Selatan ini juga menjadi perebutan kuasa besar.

"Oleh itu, Malaysia perlu memainkan peranan bersiap siaga, bukan untuk berperang tetapi menjaga keamanan dan kedaulatan tanah air kita termasuk perairan negara kerana mempunyai perairan yang luas," katanya kepada pemberita sejurus selesai mengadap.

Mohamad berkata, baginda turut menasihatkan supaya aset TLDM dipertingkatkan sesuai dengan perkembangan semasa.

Katanya, baginda bertitah supaya setiap pembelian aset pertahanan perlu sesuai dengan keperluan TLDM dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619