SELANGOR

Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik Selangor diteruskan

6 Jun 2018, 8:05 AM
Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik Selangor diteruskan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 JUN: Kerajaan Negeri akan meneruskan penganjuran pertandingan Kampung Tradisi Terbaik peringkat Selangor.

Exco Pemberdayaan Generasi Muda & Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Amirudin Shari berkata, ketetapan itu dibuat menerusi perancangan baru bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Beliau berkata, penganjurannya akan turut dipantau Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (KKLW).

"Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik akan dijalankan dengan kerjasama KKLW di bawah program Anugerah Desa Perdana dengan mengambil beberapa faktor.

"Antaranya kemasyarakatan, kepimpinan dan pentadbiran, peranan belia, teknologi maklumat, kebersihan dan kesihatan," katanya.

Difahamkan, pengajuran pertandingan itu sebelum ini dihentikan sementara waktu ketika berlangsungnya proses pilihan raya di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan mempercepatkan proses pelantikan Ketua Kampung Negeri.

Katanya, ia akan melibatkan beberapa kawasan perkampungan terpilih.

"Individu terpilih dan berkelayakan akan menduduki Kursus Pemantapan Ketua Kampung yang akan dijalankan selepas proses lantikan selesai.

"Pimpinan di peringkat desa perlu bersedia dengan tatacara kelola yang lebih berkesan bagi mencapai pelan pembangunan luar bandar," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619