NASIONAL

Gabenor BNM serah surat peletakan jawatan hari ini

6 Jun 2018, 6:29 AM
Gabenor BNM serah surat peletakan jawatan hari ini

PUTRAJAYA 6 JUN: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau hari ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan belum memutuskan pengganti beliau kerana penggantian perlu mendapatkan kelulusan daripada Yang Di-pertuan Agong Sultan Muhammad V.

"Kita tidak akan umumkannya hari ini," kata Dr. Mahathir pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Muhammad dilantik sebagai Gabenor pada 1 Mei, 2016, menggantikan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Beliau merupakan Gabenor kelapan.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619