PENDIDIKAN

Biasiswa IKTISASS ke INPENS

4 Jun 2018, 4:41 AM
Biasiswa IKTISASS ke INPENS

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA SELANGOR, 4 JUN: Biasiswa Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) bakal ditawarkan kepada pelajar dari Selangor yang layak untuk mengikuti program kemahiran, di Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS), bermula Julai ini.

Jurucakap INPENS berkata, pembiayaan pengajian di bawah program itu diberikan kepada anak Selangor berkelayakan seperti syarat ditetapkan.

"Antara syaratnya ialah anak Selangor atau bemastautin di negeri ini lebih 10 tahun, lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya lima mata pelajaran serta pendapatan bulanan isi rumah bawah RM5,000," katanya.

Pengambilan bagi kemasukan Julai tahun ini ke INPENS dibuka sekarang dan mereka berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang www.inpens.edu.my

Selain itu, ia juga boleh didapati melalui facebook INPENS INTETNATIONAL COLLEGE, Instagram inpens, whatsapp 019-3424111 atau hubungi 03-32812621.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619