SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan teruja kembali beraksi

29 Mei 2018, 7:46 AM
ARRC: Zaqhwan teruja kembali beraksi

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 MEI: Mohd Zaqhwan Zaidi teruja untuk kembali beraksi dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, hujung minggu ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing berusia 23 tahun itu sebelum ini tidak beraksi pada pusingan kedua di Australia, April lalu bagi memberi tumpuan terhadap perlumbaan JSB1000 di Kejuaraan Seluruh Jepun MFJ.

Mohd Zaqhwan berkata, beliau tidak sabar untuk beraksi bersama keluarga besar ARRC dan pada masa sama berbangga dengan prestasi ditunjukkan pelumba rookie pasukan, Azroy Hakeem Anuar.

"Saya gembira dia berjaya menamatkan perlumbaan di kelompok 10 pelumba terbaik walaupun bermula dari barisan belakang.

"Pengalaman saya beraksi dalam saingan di Jepun akan digunakan sebaiknya untuk perlumbaan minggu ini," katanya yang kini jatuh ke tangga ke-15 keseluruhan.

Juara keseluruhan pada 2014 dan 2016 itu berkata, perlumbaan terbabit memberi kelebihan kepadanya untuk memahami litar kerana baru beraksi di situ, bulan lalu.

"Pengalaman menggunakan jentera 1000cc yang lebih laju dan berat juga dapat meningkatkan penguasaan saya bersama jentera 600cc," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619