SELANGOR

SAOW di Aeon Bukit Rimau, Sabtu ini

28 Mei 2018, 2:43 AM
SAOW di Aeon Bukit Rimau, Sabtu ini

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 28 MEI: Pejabat bergerak 'Shah Alam On Wheels' (SAOW) akan beroperasi di Aeon Bukit Rimau, Seksyen 32 pada 2 Jun ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan itu bagi memudahkan orang ramai berurusan tanpa perlu ke kaunter.

"Melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat menaik taraf sistem perkhidmatan untuk masyarakat.

"Antara kemudahan disediakan adalah semakan dan pembayaran cukai taksiran secara dalam talian, pembaharuan dan semakan lesen perniagaan, perkhidmatan kaunter aduan serta penjualan kupon letak kereta," katanya dalam kenyataan.

Katanya, perkhidmatan itu membolehkan orang ramai yang tidak berpeluang berurusan pada hari bekerja menyelesaikannya pada hujung minggu, terutama di kawasan jauh dari pusat bandar.

Waktu pengoperasian pejabat bergerak bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619