SELANGOR

MPAJ-MARDI kolaborasi jayakan 'mysavefood'

25 Mei 2018, 7:36 AM
MPAJ-MARDI kolaborasi jayakan 'mysavefood'
MPAJ-MARDI kolaborasi jayakan 'mysavefood'

OLEH SHEEDA FATHIL

AMPANG, 25 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengerakkan program 'mysavefood' bertujuan memupuk kesedaran masyarakat tentang pembaziran makanan.

Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, menerusi program itu, makanan dibuang atau berlebihan boleh diberi kepada mereka memerlukan sekali gus mengurangkan jumlah tan sisa buangan sampah.

"Sekiranya makanan tersebut rosak atau tidak boleh dimakan, ia boleh dijadikan penghasilan baja kompos selain dapat menjaga alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Program Bazar Ramadan Mampan MPAJ 2018 di Bazar Ramadan, Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, di sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurnakan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim yang turut dihadiri Timbalan Pengarah MySaveFood, Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti MARDI, Aniadila Kamaruddin dan Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Sementara itu, Abd Hamid berkata, antara objektif utama Program Bazar Ramadan Mampan adalah untuk menggalakan penggunaan 'biodegradable bag' selain mengurangkan beg plastik dan polistirena.

"Program Bazar Ramadan Mampan bertujuan memupuk kesedaran kitar semula, kempen kitar semula minyak masak terpakai dan menyampaikan hal ehwal pengguna," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619