NASIONAL

Skandal ATM disiasat termasuk Scorpene

22 Mei 2018, 4:09 AM
Skandal ATM disiasat termasuk Scorpene

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mahu sebarang isu dan skandal yang dikaitkan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disiasat.

Katanya, ia akan disiasat secara mendalam sebelum sebarang tindakan diambil dan akan mendapatkan maklumat lanjut daripada semua pihak sebelum membuat perincian.

"Kita akan mendapatkan maklumat lanjut daripada semua cabang ATM termasuk isu pembelian kapal selam Scorpene serta isu dibangkitkan badan bukan kerajaan sebelum ini.

"Kita akan selidik, buat siasatan, kalau atas khabar angin maka akan berlaku kerosakan imej kepada seseorang atau jabatan itu.

"Kalau ada tindakan dengan bukti penyelidikan yang rapi melalui audit dalaman, penyelidikan dalaman dan kalau tak mampu kita guna audit luaran atau lebih serius kita bawa ke kabinet," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya, di sini.

Terdahulu, beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu memulakan tugas rasminya sebagai menteri hari ini dan disambut dengan tabik hormat kawalan kehormatan utama di Dataran Wisma Pertahanan di Jalan Padang Tembak, pagi tadi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619