SUKANKINI

Piala Uber: Malaysia gagal saingi Indonesia

22 Mei 2018, 1:37 AM
Piala Uber: Malaysia gagal saingi Indonesia

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 MEI: Malaysia kalah tipis 2 - 3 kepada Indonesia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D pada pusingan akhir Piala Uber di Bangkok, Thailand, semalam.

Skuad badminton wanita negara bermula baik dengan kemenangan perseorangan pertama, Soniia Cheah mengalahkan Fitriani Fitriani, 21-10, 17-21, 14-21 namun tidak kekal lama apabila Indonesia menyamakan kedudukan melalui perlawanan kedua dalam acara begeru dengan Greysia Polii - Apriyani Rahayu mengatasi Goh Yea Ching - Lee Meng Yean (21-13, 21-14).

Indonesia terus di depan dengan 2 - 1 apabila Gregoria Mariska menjinakkan Goh Jin Wei (22-20, 21-16) dalam perlawanan ketiga, perseorangan kedua.

Cabaran Malaysia berakhir pada perlawanan keempat apabila begeru kedua, Chow Mei Kuan - Vivian Hoo yang berusaha gigih untuk menyamakan kedudukan namun tewas kepada Della Destaria - Rizki Amelia dengan keputusan 24-22, 20-22, 21-12 untuk Indonesia mendahului dengan tiga perlawanan berbalas satu.

Perseorangan kedua, Selvaduray Kisona menjadikan keputusan 2 - 3 dalam perlawanan terakhir dengan mengalahkan Ruselli Hartawan dalam tiga set, 23-21, 21-23, 13-21.

Malaysia akan bertemu juara bertahan, China dalam perlawanan kedua hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619