SUKANKINI

Eden Hazard wira Chelsea julang Emirates FA Cup

20 Mei 2018, 1:37 AM
Eden Hazard wira Chelsea julang Emirates FA Cup
Eden Hazard wira Chelsea julang Emirates FA Cup

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 20 MEI: Jaringan tunggal Eden Hazard pada babak pertama sudah cukup untuk memastikan Chelsea menjulang Emirates FA Cup 2018 apabila menewaskan Manchester United 1-0 dalam aksi di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Gol pada minit ke-22 menerusi sepakan penalti itu menyaksikan skuad kendalian Antonio Conte menebus kekecewaan perlawanan akhir musim lalu apabila tewas 1-2 kepada Arsenal.

Phil Jones pastinya menjadi pemain paling kecewa apabila beliau menjatuhkan Hazard dalam kotak penalti pada minit ke-21 sebelum pemain Belgium itu mudah meletakkan bola ke gawang Manchester yang dikawal David De Gea.

Manchester menguasai 66 peratus perlawanan cuba bangkit sehingga lewat permainan tetapi ketangkasan Thibaut Courtois mematahkan setiap asakan skuad bimbingan Jose Mourinho selain keputusan pengadil yang membatalkan gol Alexis Sanchez kerana offside.

Lebih manis kejayaan Hazard membantu Chelsea menjulang piala hadir dalam aksi ke-300 bersama The Blues selain perlawanan terakhir buat Conte yang dijangka kembali ke Itali musim hadapan.

Kredit Foto: Standard.co.uk

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619