NASIONAL

E-sukan di Malaysia wajar diberi perhatian

18 Mei 2018, 8:07 AM
E-sukan di Malaysia wajar diberi perhatian
E-sukan di Malaysia wajar diberi perhatian

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 18 MEI: 'Gamers' atau pemain E-sukan perlu diberi perhatian kerana kebanyakkan golongan ini khususnya anak muda berumur 25 tahun ke bawah paling ramai meminati permainan dalam talian.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rakyat Malaysia harus menyokong dan percaya dengan golongan muda ini kerana mereka mempunyai potensi besar dalam industri itu.

"Mungkin ada pihak akan kata kenapa mahu bantu pemain E-sukan sedangkan mereka hanya duduk atas kerusi tidak membuat apa-apa.

"Tetapi, sukan berevolusi dan kita perlu pandang ke hadapan. Kita sudah masuk fasa yang baharu dan ia melibatkan E-Sukan," katanya dipetik Astro Awani.

Beliau berkata, langkah ini sudah tersenarai dalam manifesto anak muda, iaitu membina stadium E-sukan dengan infrastruktur lengkap bagi membantu anak muda yang berpotensi memajukan diri dalam bidang itu.

"Jika pemain mahu mewakili negara ke peringkat antarabangsa, latihan dan infrastruktur perlu disediakan untuk mereka.

"Elaun pun dipastikan cukup supaya mereka dapat sara hidup dan dapat membanggakan Malaysia di peringkat dunia." katanya.

E-sukan dilihat sebagai satu landasan yang dapat memperkukuhkan semangat perpaduan golongan anak muda yang berbilang masyarakat dan agama di negara ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619