NASIONAL

Rosmah Mansor mungkin disiasat

17 Mei 2018, 8:04 AM
Rosmah Mansor mungkin disiasat
Rosmah Mansor mungkin disiasat

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 17 MEI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak menolak kemungkinan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, turut akan disiasat.

Katanya, ia terpulang kepada pihak berkuasa yang terbabit dalam menjalankan tugas mereka.

"Kita akan menyiasat kes jenayah tidak mengira siapa.

"Ia terpulang kepada pihak yang terbabit antaranya polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau badan lain," katanya dalam sidang media, di Menara Yayasan Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu, polis membuat carian di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak, di Jalan Langgak Duta, sejak malam tadi.

Beberapa kenderaan polis kelihatan meninggalkan tempat itu, namun beberapa yang lain termasuk Black Maria masih berada, di situ.

Difahamkan, koleksi beg tangan milik isterinya turut dirampas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619