NASIONAL

MoF: Program pembaharuan fiskal sedang dilaksana

17 Mei 2018, 5:02 AM
MoF: Program pembaharuan fiskal sedang dilaksana

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 17 MEI: Program pembaharuan fiskal kerajaan sedang dalam pelaksanaan, kata Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

MoF menerusi kenyataan berkata, pengurangan hasil daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar mulai 1 Jun 2018 akan ditampung oleh langkah khusus hasil dan perbelanjaan yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Katanya, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diperkenalkan semula.

"Pengurangan perbelanjaan akan dimulakan dengan langkah rasionalisasi dan efisiensi serta mengurangkan ketirisan.

"Selain itu harga minyak mentah dunia meningkat ketara berbanding anggaran Bajet 2018 iaitu US$52 setong. Ini akan menyediakan ruang fiskal dalam tempoh terdekat.

"Tanggungjawab fiskal, ketelusan dan tadbir urus akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan program pembaharuan fiskal," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619