GLOBAL

Erdogan tuduh Israel lakukan genosid

15 Mei 2018, 7:06 AM
Erdogan tuduh Israel lakukan genosid

ANKARA 15 MEI: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menuduh Israel 'negara pengganas' dan 'pembunuh' selepas tentera negara itu membunuh sekurang-kurangnya 58 penduduk Palestin di sempadan Gaza.

Dalam satu daripada kecaman paling kerasnya setakat ini terhadap negara Yahudi itu, Erdogan juga mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian itu, diikuti bantahan besar-besaran di Istanbul Jumaat ini.

Ribuan penunjuk perasaan berarak ke tengah ibu kota ini mengutuk kekejaman menjurus pertumpahan darah itu ketika Amerika Syarikat (AS) memindahkan misinya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak mengendahkan kemarahan meluas dunia Islam.

"Israel mencetuskan keganasan dalam negara. Israel adalah negara pengganas.

"Apa yang dilakukan Israel adalah satu genosid. Saya mengutuk drama kemanusiaan ini, genosid, tidak kira pihak mana, sama ada Israel atau AS," kata Erdogan ketika berucap di hadapan pelajar Turki di London disiarkan televisyen.

Erdogan dan beberapa pegawai Turki berulang kali mengutuk keputusan AS memindahkan kedutaan dan memberi amaran ia bakal mencetuskan ketegangan.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Bekir Bozdag memberitahu media di sini, Turki memanggil semula dutanya ke AS dan Israel 'untuk rundingan.'

Bozdag juga berkata, Turki memanggil satu mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) Jumaat ini, namun tidak memberi butiran berhubung formatnya.

Presiden Turki juga mengumumkan, beliau memanggil satu mesyuarat besar-besaran Jumaat ini untuk membantah Istanbul, memiliki kapasiti lebih sejuta penduduk.

SUMBER: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619