SUKANKINI

Thomas Tuchel bos baru PSG

15 Mei 2018, 3:00 AM
Thomas Tuchel bos baru PSG

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 15 MEI: Juara Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan pelantikan pengurus baru, Thomas Tuchel bagi menggantikan Unai Emery.

Bekas pengurus Borussia Dortmund berusia 44 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab yang berpengkalan di Paris.

Emery akan mengemudi perlawanan terakhirnya bersama PSG menentang Caen pada Sabtu.

Beban tugas baharu buat Tuchel pastinya untuk membawa PSG menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan selepas terkandas di peringkat suku akhir kepada Real Madrid musim ini.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pengurus bersama Augsburg II (2007-2008) dan Mainz 05 (2009-2014) sebelum mengemudi Dortmund pada 2015.

Tuchel dalam kenyataanya menyatakan kegembiraan dan penghargaan untuk menyertai kelab hebat seperti PSG.

"Saya akan terus bekerjasama dengan semua pemain hebat dan terbaik. Dengan kakitangan saya, kami akan melakukan apa sahaja untuk menjadi pasukan paling berjaya di peringkat antarabangsa," katanya.

Kredit Foto: Talksport.com

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619