SELANGOR

Tun M: Tak mahu banyak undang-undang sekat kebebasan berniaga

14 Mei 2018, 6:50 AM
Tun M: Tak mahu banyak undang-undang sekat kebebasan berniaga
Tun M: Tak mahu banyak undang-undang sekat kebebasan berniaga

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 14 MEI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak mahu melihat terlalu banyak undang-undang menyekat kebebasan berniaga dan melakukan perusahaan.

Tun Mahathir berkata, beliau mahukan semua pihak boleh menjalankan perniagaan secara bebas dan mudah.

"Kita mengalu-alukan pelaburan langsung asing sama ada dalam atau luar negeri.

"Pelaburan langsung asing terhad membawa modal dan teknologi ke dalam negara kita, mendirikan kilang, keluarkan barangan untuk pasaran tempatan atau eksport," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia cekap dalam pembangunan malah sehingga mampu mendirikan bandar sendiri.

"Kita boleh membangunkan bandar sendiri dan lain-lain keperluan rakyat sekali gus akan menentukan semua ini terbuka kepada syarikat tempatan.

"Sekiranya kita tiada pengalaman dalam infrastruktur projek besar maka baru kita membenarkan penyertaan asing melalui sistem tender terbuka," katanya.

Tun Mahathir berkata, jika ada tender terbuka, pemilihan dibuat ternampak ganjil, kerajaan akan selidik menerusi penjawat tertentu yang akan diberi tugas menyelidik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619