NASIONAL

PRU14: Sabah tak diiktiraf jika ada unsur rasuah

11 Mei 2018, 7:47 AM
PRU14: Sabah tak diiktiraf jika ada unsur rasuah

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Sabah tidak akan diiktiraf jika didapati terdapat unsur rasuah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hal itu kerana kerajaan memperolehi beberapa bukti perjalanan PRU14 di Sabah dimanipulasi pihak tertentu.

"Kita ada masalah di beberapa negeri untuk tubuh kerajaan seperti di Sabah dengan Warisan menang 35 kerusi tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya beberapa kali kira semula dan akhirnya mengurangkannya kepada 29 kerusi.

"Sekarang mereka ada masalah tubuhkan kerajaan dan terdapat beberapa orang lompat parti menggunakan wang," katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary, di sini, hari ini.

Tun Mahathir berkata, berbeza dengan tindakan melompat parti ekoran prinsip, sebaliknya melompat parti kerana ditawarkan wang adalah rasuah.

Justeru katanya, kerajaan akan meneliti peruntukan undang-undang dan menjalankan siasatan terhadap isu ini.

"Ini bukan tindakan membalas dendam tetapi kita tak mahu pihak mendapatkan sokongan kerana wang.

"Jika siasatan mendapati terdapat rasuah, kita akan mohon supaya keputusan PRU itu tidak sah. Kita sedang meneliti undang-undang berkaitan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619