NASIONAL

PRU14: Kemenangan rakyat, ayuh bersama bina semula negara

11 Mei 2018, 1:59 AM
PRU14: Kemenangan rakyat, ayuh bersama bina semula negara
PRU14: Kemenangan rakyat, ayuh bersama bina semula negara

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 11 MEI: Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah kemenangan rakyat, demikian tegas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Katanya, rakyat Malaysia telah lama mengimpikan negara ditadbir dengan amanah dan telus, malah perjuangan reformasi yang telah mencecah lebih 20 tahun telah sampai pada kemuncaknya.

"Aspirasi rakyat perlu diambil peduli dan Pakatan Harapan (PAKATAN) perlu pastikan bahawa setiap tindakan wajib berteraskan kehendak rakyat.

"PAKATAN perlu mengambil iktibar kisah Barisan Nasional (BN) telah memperdagangkan mandat diberi rakyat.

"Dalam keterujaan kita menyambut kemenangan ini, adalah penting untuk kita saling mengingat antara satu sama lain bahawa tanggungjawab yang besar sedang menanti, katanya kepada SelangorKini.

Justeru, Ketua Wanita Pakatan Harapan itu menyeru rakyat bersama-sama membantu kerajaan yang baru dalam memastikan segala misi, pelan dan agenda dirancang dapat dilaksanakan dengan efektif.

Katanya, usaha memartabatkan wanita juga akan terus diperhebat setelah ia tidak dibela lebih 60 tahun dibawah pemerintahan BN.

"Marilah kita membina Malaysia yang lebih baik, demi masa hadapan generasi akan datang, PAKATAN akan pastikan tiada rakyat Malaysia terpinggir dalam pembangunan yang dilaksanakan.

"Perjalanan yang harus kita tempuhi masih jauh, apa yang diharapkan kini adalah penyatupaduan kesemua rakyat negara ini agar martabat dan maruah Malaysia dapat dikembalikan semula," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619