NASIONAL

Tun Mahathir ikrar 'rampas' semua duit 1MDB

11 Mei 2018, 1:35 AM
Tun Mahathir ikrar 'rampas' semua duit 1MDB
Tun Mahathir ikrar 'rampas' semua duit 1MDB

OLEH NADIAH ZAMLUS

PETALING JAYA, 11 MEI: Kesemua wang 1Malaysian Development Berhad (1MDB) akan dirampas semula, demikian ikrar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, dipercayai wang tersebut disembunyikan di beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat, Singapore dan Switzerland.

"Kita akan rampas segera semua duit ini memandangkan hutang negara mencapai RM800 billion.

"Saya tahu jumlah itu bukanlah tepat, kerana pasti ada hutang lain yang tersembunyi lagi," katanya ketika sidang media di Hotel Sheraton, semalam.

Pada 2015, Kementerian Kewangan memberitahu, hutang luar negara Malaysia meningkat sebanyak tiga kali ganda kepada RM740 bilion.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619