SELANGOR

Muafakat PAKATAN, pilihan rakyat Selangor

9 Mei 2018, 9:29 PM
Muafakat PAKATAN, pilihan rakyat Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 10 MEI: Muafakat Pakatan Harapan (PAKATAN) yang dipertahankan gabungan itu menjadi asas terbaik kepada rakyat mengekalkan mandat pentadbiran komponen di negeri itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hilman Idham berkata, semangat tinggi rakyat mengekalkan PAKATAN turut didorong semangat tinggi, menolak kepimpinan rakus pentadbiran Kerajaan Pusat terdahulu.

"Rakyat berani membuat perubahan kerana tuntutan hal berbangkit dalam soal ekonomi dan sosial berdasarkan penyelesaian dan tawaran di bawah manifesto PAKATAN.

"Rakyat bukan hanya mengekalkan Kerajaan Selangor tetapi membantu PAKATAN menang enam negeri lain untuk perubahan," katanya, kepada SelangorKini.

Hilman merupakan pimpinan muda PAKATAN yang diberi mandat masyarakat Gombak Setia untuk menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

Kata Hilman, kepercayaan itu akan dizahirkan secara konsisten dengan memberi tumpuan kepada pembangunan agenda golongan muda di Selangor.

Muhammad Hilman menewaskan penyandang Dun Gombak Setia dari Pas, Hasbullah Ridzwan dan BN, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dengan majoriti 12,399 undi.

Terdahulu, Hilman yang berusia 29 tahun merupakan lulusan Ijazah Sains Politik dari UKM dan berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, sejak 2013.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619